Saturday, April 30, 2011

Penghujung Benua Asia - Tanjung Piai

Lawatan Sempena Motivasi Murid Tahun 6
Gambar diambil di Penghujung Benua Asia - Tanjung Piai Pontian.

Graduasi Zharif - SASER

Majlis Graduasi Anak Aku : Mohamad Zharif bin Zulkarnail
Tempat : Palace of The Gorden Horses. Kuala Lumpur
Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 tgh.
Tarikh : 23 April 2011

Tahniah dan terima kasih kepada anak aku Mohamad Zharif bin Zulkarnail kerana telah mengharumkan nama keluarga serta SASER.Aku dan isteri telah pergi menghadiri majlis tersebut. Kami bertiga telah menginap di Palace of The Golden Horses di bilik 9076 selama satu malam.
Aku telah bertolak dari JB pada jam 3.30 petang dan sampai di hotel pada jam 7.00 malam. Singgah sebentar di R and R Seremban untuk solat dan minum petang. Terserempak dengan Mutalib di R & R Seremban. Anaknya juga bersekolah sama dgn anak ku.
Hotelnya sungguh gah dan cantik tetapi gelap dan tidak ramai tetamu.
Majlis Graduasi telah berjalan dgn lancar. Zharif merupakan pelajar yang ke11 menerima sijil cemerlang drpd Exco pelajaran Negeri Sembilan. Sungguh gemilang majlis semoga dapat menyuntik semangat kepada anakku agar terus cemerlang pada pendidikannya kelak. Amin.

Friday, April 8, 2011

Kek Wedding Aniversary

Anak-anakku telah menghadiahkan sebiji kek yang sungguh lazat sempena ulangtahun perkahwinan ku yang ke 26 ( yang jatuh pada 4.4.85).