Monday, May 30, 2011

Daftar Zharif DI UIAM PJ



Kolej (Mahallah Fatimah Al Zahra)


Banner yang menyambut kedatangan pelajar baru



Menunggu giliran di Khemah Utama.





Hari ini telah selesai satu tanggungjawab aku dan isteri ku mendaftarkan anak kami yang ketiga Mohamad Zharif bin Zulkarnail di UIAM PJ untuk mengikuti Asasi Sains Hayat selama 2 tahun.

Aku telah bertolak dair JB pada jam 8.oo malam hari Sabtu (28.5.01) menuju ke PJ . Kami menginap di Crystal Crown PJ . Aku telah sesat kerana aku tak pernah tidur di hotel tersebut. Sampai PJ jam 12.10 tghmalam. tersalah masuk ke PJ new town. Selepas 1/2 jam mencari hotel baru jumpa. Check in ke bilik. Aku terpaksa berjalan mencari air minuman kerana haus. Berjalan pada tgh malam mencari kedai mamak utk beli air. Isteriku dah tidur kerana kepenatan menyiapkan barang keperluan Zharif. Anakku tengok bola MU lwn Barca. Aku juga tidur krn penat setelah menyemak semua dokumen utk pendaftaran Zharif esok.

29.5.2011 ( Ahad )

Bangun dan terus sarapan di Coffee House. Setelah siap,pada jam 9.00 pagi check out dan terus ke UIAM utk daftar anak. Apabila sampai , kenderaan dan orang begitu ramai telah sampai utk mendaftar anak masing-masing. Anak ku dapat nombor giliran 0184.
Apabila tiba giliran anak ku, urusannya sungguh mudah kerana semua dokumen telah tersusun.

Anak aku ditempatkan di Mahallah (Asrama) Fatimah Al Zahra - bilik 307. Rakan sebiliknya ialah seorang pelajar dari Temerloh Pahang. Isteriku telah meminta aku membeli kertas alas almari , lalu aku berjalan lebih kurang 1 km ke Cold Storage SS2. Penat betul tetapi kerana anak aku sanggup berkorban. Kemudian aku bawa Zharif ke KL utk beli lagi beberapa kelengkapan yang tiada. Kami berbelanja di SOGO KL. Ramai betul orang di SOGO. Ada sale dan cuti sekolah.

Kemudian aku check in pula ke Quality Hotel. Anak ku dapat lelap sekejap dan tepat jam 5.10 ptg aku telah hantar dia balik ke UIAM. Malangnya tali pinggang De telah tertinggal di Hotel.

Aku akan hantar pada esoknya.

30.5.2011 (ISNIN)

Bangun jam 8.30 dan terus ke Benteng Coffee House utk sarapan. Malangnya banyak makanan telah habis dan pihak hotel tidak menambah lagi. Hotel ini banyak nostalgia kerana aku pernah tidur dgn semua anakku seramai 4 orang semasa mereka masih kecil utk bercuti.
Tepat jam 12.00 kami check out dan terus ke SOGO. Isteriku nak shopping sikit.

Kemudian kami ke UIAM dan isteriku minta belikan NAsi Bukhari utk Zharif ( naluri ibu- takut anaknya lapar) Sampai di UIAM pada jam 2.15 pm. Zharif cuma jamah nasi kerana dia ada program orientasi yang perlu diikuti. Lagipun dia dah makan. Lepas itu aku terus bertolak balik ke JB setelah bersalaman dan mencium Zharif.

Aku berdoa agar dia akan berjaya dalam pelajarannya dan hidupnya. AMIN.

Sampai JB jam 9.15 mlm setelah singgah di Melaka.