Hari ini 23.3.2011 merupakan hari yang sangat bahagia bagi keluarga ku. Anak ku yang ketiga Mohamad Zharif b Zulkarnail telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dlm SPM 2010. Zharif berjaya memperolehi 8A 1B dalam SPMnya.
Semasa PMR dia juga mendapat keputusan cemerlang = 8A.
Isteriku dan ibu mertua telah bersusah payah membuatkan pulut kuning , rendang dan sambal tumis udang sebagai tanda kesyukuran atas kejayaan Zharif.
Rezeki ini telah diberi kepada jiran, adik-adikku yang berada diJB serta kawan De ( nama timangan bagi Zharif).
Aku berdoa agar De akan terus berjaya dalam pelajaran dan kerjayanya nanti. Amin.
No comments:
Post a Comment